Reflect Reflect Reflect :)


Sedihlah tengok public gaduh dalam fb ni. Politik bagai semua ada.
so. tiba masanya untuk saya pula luahkan something:
korang pernah duduk kat tengah2 org ramai tak? kena asak2 ..tolak2... sekali kena pick-pocket lah..pastu segala mcm bau ada kat tgh2 org ramai tu...or stuck dalam jam, time tu PENING SGT kepala and dah terbayang2 katil and home sweet home menanti... or pergi jalan TAR one week before raya time weekend...naik kereta mcm sardin smpai 8-9 org naik kelisa,sekali hujan lebat lencun baju..then masuk keta ramai2 basah2 bukak aircond terus pening busuk semua keluar...nak highlightkan situasi ketakselesaan yang sgt EXTREME plus situasi tatkala beramai2 dgn strangers...

familiar tak bunyi?- haahh mcm TU lah kat padang mahsyar nanti. tapi lagi extreme sbb semua bangsa negara bau badan kulit hitam putih jin setan hantu malaikat semua ada berhimpit la ke hulu hilir dengan panas mataharinya sejengkal etc etc... apa korang mampu? jujur SAYA tak mampu :'( ...beratur kat disneyland tunggu turn naik roller coaster sejuk2 tu pun dah sakit kaki :'( ...
(description above linked with point no.2 below)

Point 2: kita x sedar kdg2 kita nak smpaikan 'pesanan' tapi terkutuk org dgn make fun of that person. aibkan dia. ok so kita kena igt... kita ni...ada peluang yg besar ke nak jumpa dia and mintak maaf? i don't know about you but kawan yg duduk belakang rumah pun ada lah 10 tahun x jumpa. dua2 balik summer break pun BELAKANG rumah je pun, tapi payahnyaaa nak jumpa... inikan lagi kita kutuk ahli politik la katakan ye (contoh general) ...duduk dalam satu negara je pun, tapi memang confirm ke kita bole jmpa dia n minta maaf depan2? mengaku kita pernah kutuk dia, 
please maafkan saya sebelum saya mati! please, dosa saya dengan awak je belum hilang lagi, dosa lain insyaAllah dah diampunkan.....

boleh?

ok kalau rasa mungkin ada 30% je dpt confront dia, then maknanya terpaksalah kita cari kat padang mahsyar nanti kan? ye lah dah nak cari untuk seek for forgiveness..sedihkan? org cari Nabi, kita kena cari org untuk minta maaf :( yg TU PUN KONFIRM BOLE JUMPA DENGAN DIA KE? konfiiirrrmmmm? ingat situasi berasak2 himpit2 semua tu segala bau temperature panas semua tu..ingat ye.(Wallahualam)
Senang ke nak jumpa 'subject' untuk minta maaf dekat padang mahsyar nanti? kalih2 je, bro ni lalu sebelah kita, " yo brooo! kau sapa? kita penah gado dak bro masa kat dunia dulu? sorry ah kalau penah..aku x kenal pun kau sapa aku saja nak mintak maaf broowwwww broowww broww your boatttt~~~" (merepek dah aku)

Point 3: saya pernah tercame across this Hadith:
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut.”
(HR. Tirmizi)
Ingat, Allah maha adil,u happykan orang, u akan automatic rasa happy itu kembali :), u malukan orang u pun akan automatic dapat malu tu jugak... one day...tunggu je la la la lalalalalala.. ~ (again, Wallahualam)... 

U dah kawin nanti, bini u tiba-tiba beli gelang gold bertatahkan berlian, padahal u berdua x de lah kaya mana, tapi ur wife simpan that duit saving diam2 ke kan x tau lah... nanti masa raya saudara-mara u nampak bini u pakai that gelang..mulelah sesi berdialog monolog dalaman bagai: " eeeiii kikis duit suami lah tu suami pun bukanlah kaya mana~ pffttt..do i lookkkk like i carreeeee" [padahal memang care pun sibuk jaga tepi kain org kan minah monolog dalaman ni haih :p] hahaha...org buat tuduhan mcm2...u pun sibuk2 lah defend bini u and urself la kan~

OMG mencik la I beli gelang ni semalam kat Sainsbury's pun dah putus...
tapi baru discover dia tak putus pun sebenarnye :p kena ikat je balik...
teeeheeheee...
inilahhh gelang berrrlian I u ollllssss...ada kurlass tak?
[Lame~]


Sama je dgn wanita wanita sekalian...laki u bukan lah kaya mana tiba2 bawak balik ferrari satu ..org suma start questioning kemampuan suami you tu... nanti adalah yg kata " eeeiii..duit sapa dia sapu laaa nak beli kereta tuuu..kerja bukanlah tara mana punnn~" and you pun sedih dgar ..kalau x defend secara luaran u defend dalaman... konon nak sabar lah kan...until at one point baru u sedar :

"omgggg...dulu I pernah kutuk this one perempuan beli that bling be-bling diamondd ringgg gituuu....omg omg omg omg....."

perempuan mana u merepek ni?

"alaaa...perempuan tu lah... yang ORANG KATA dia kikis duit rakyat tu nak beli cincin dia je tu..."

oooohhh... okay...I x kenal dia sorry :P

[Back to the main issue:]
hah baru you tauuuuu~ you cari lah jalan nak jumpa that perempuan face to face nak mintak redha and kemaafan dari dia... u ingat senang? i x rasa senang :( ....

okay okay okay... now you people listen listen listen... ( or in my situation: Read Read Read)...
 My main point is...
Fine. Kita manusia. Kita semua buat silap. Ayat cliche' tapi silalah buat analisis kehidupan anda okay? sebab se-cliche2 pun ayat itu, tapi itulah kebenaran realitinya.
Org yang bertattoo bertindik minum arak bagai pun boleh terima hidayah, apakan lagi kita yang, Alhamdulillah memang dilahirkan Islam untuk menerima hidayah LEBIH daripada yg tersedia ada? insyaAllah kena usahalah sikit part tu :')
yg lagi awesome d'power mower: Saidinia Umarrrrr.... cuba baca latar belakang mengenai Saidina Umar ni... and cuba kaitkan dengan apa yang saya cuba sampaikan ni...hmmmm...

okay, so! the main main MAIN point here is:
Janganlah kita kutuk2 orang... x kisah lah 'First Lady' ke Justin Bieber ke... Kakak Llisten Listen Listen ke... or even kalau ada kereta samseng kat jalan raya nak cari pasal dengan kita mintak race ke apa janganlah kita mencarut ke apa kutuk dia. sebab u ingat senang ke nak jumpa dia balik nak minta maaf? u x kenal pun sapa dia in the first place so janganlah kutuk2 ni :( 
sedihlah tgok :( 
nak bukak fb pun dah x best dah :( 
sbb timeline fb penuh dengan kutukan terhadap 'isu semasa'
ye! kutukan! bukan komen yg membina! tetapi KUTUKAN! :'( ...

Last but not least... saya sendiri bukanlah seorang pendakwah hebat...
yg mampu menyusun ayat bunga-bunga bagi menghiasi blog 'kapcai' ini...
heee... saya sendiri insan hina yang juga tak terlepas dari dosa2 duniawi...
tapi x salah kalau kita sama-sama cuba jauhkan diri daripada dosa2 ni kan?
jom cuba! first! kita ERADICATE budaya kutuk mengutuk ni dulu! 
bersihkan lidah...
because people;...
words are mightier than swords...
or is it Pens?
Whatever cuz pens create words! ha ha haaaaa! :p


Comments

Popular Posts