Hari ini hari Sabtu 8/12/12
Time nak update blog mesti time-time nak exam ...
Mesti macam tu...
tak pun time nak update apapa gambar dekat blog, mesti gambar tu gambar buku-buku, kertas-kertas...pen-pen bertaburan...
saya lagi selesa upload gambar-gambar sebegitu rupa....sebab nanti dah masuk alam kerjaya mana lagi dah nak study-study ni..gambar2 yg bakal diupload near future (insyaAllah kalau umur panjang) itupun mesti dah lain feel dia, lain tema, lain situasi...
so apa salahnya kita upload banyak-banyak gambar time study-study zaman university ni kan... at least boleh la nanti kenang-kenang...terasa mcm..gigih jugak aku kat zaman uni dulu ya?
(pft.)
Assalamualaikum blog usang :)
tadi tu prologue je intro...
sekarang baru nak masuk content...
lusa, 10december 2012, saya akan menempuhi peperiksaan pertama saya bagi tahun kedua di University of Edinburgh ni :)
and subjek yang akan saya duduki peperiksaannya pada 10december akan datang ialah subjek Issues in Global Economics di mana saya tak faham satu patah apa pun ilmu-ilmu yang diajar di dalam lecture mahupun tutorials :)
maaf...tapi memang saya tak faham...
Prof cakap subject ni tak ikut buku text and perbincangan yang diaplikasikan dalam mempelajari course IGE ini sangat meluas..jadi pengetahuan umum harus luas juga.
Saya rasa prof tipu...
kerana... pengetahuan umum dari dada-dada akhbar tanpa diiringi teori-teori para economist dunia yang hebat hebat belaka tu , takkan menjadi juga jawapan yang bakal dijawab nanti...
jadi, saya still rasa subjek ini, walaupun tak ikut buku text, tapi kena ikut teori. teori tu nak dapat dari mana? dari jurnal. Jurnal tu pula saya klasifikasikan sebagai buku text budak Uni... content2 dia lagi UP skit daripada content2 textbooks masa sekolah dan juga kolej...
so...konklusinya...sama je...kena based on something juga walaupun topic subjek ni kononnya issues in GLOBAL economics...
apapa pun, bukan tak faham langsung subjek ni..just that.. lagi banyak baca lagi rasa banyak ilmu tak cukup rupanya... :(
In the meantime...kalau ada sapa-sapa yang baca post ni..which i doubt so...
all the best jika anda turut akan menduduki apapa peperiksaan dalam jangka masa yang terdekat ni! :)
Salam.
Comments